Thursday, February 4, 2016

An-Nahl (81~90)

An-Nahl, dari ayat 81~90;  


81. Dan Allah adakan bagi kamu, dari benda-benda yang ia telah jadikan itu tempat-tempat pernaungan, dan ia jadikan bagi kamu dari gunung-gunung itu tempat-tempat tinggal, dan ia jadikan bagi kamu pakaian yang menjaga kamu daripada panas, dan pakaian-pakaian yang memelihara kamu waktu peperangan kamu, demikianlah ia sempurnakan nikmat nya atas kamu supaya kamu mahu menyerahkan diri.

82. Tetapi jika mereka berpaling, maka sesungguhnya tidak ada kewajiban atas mu, melainkan penyampaian yang terang.

83. Mereka tahu nikmat Allah, kemudian mereka ingkari dia kerana kebanyakan mereka, ialah orang-orang yang tidak berterima kasih.

84. Dan ingatlah hari yang kami akan bangkitkan dari tiap-tiap yang kami akan bangkitkan dari tiap-tiap umat, seorang saksi, kemudian tidak akan di izinkan kepada orang-orang yang tidak percaya, dan tidak pula akan diminta mereka membikin keredaan.

85. Dan alangkah dahsat nya apabila orang yang mengenai itu lihat azab ! maka  tidaklah akan di ringankan  azab bagi mereka, dan tidak akan diberi tempoh kepada mereka.

86. Dan apabila orang-orang musrik itu lihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata; “hai Tuhan kami ! mereka ini lah sekutu-sekutu kami yang kami seru selain dari mu”, maka mereka itu hadapkan kepada mereka perkataan; “sesungguhnya kamu pendusta”.

87. Dan mereka hadapkan kepada Allah, pada hari itu, penyerahan, dan hilanglah daripada mereka apa yang mereka ada-ada kan.

88. Orang-orang yang tidak percaya dan berpaling dari jalan Allah, kami tambah bagi mereka azab atas azab lantaran mereka adakan kerosakan.

89. Dan ingatlah hari yang kami akan bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari antara mereka, dan kami jadikan mu saksi atas mereka, dan kami turunkan atas mu  kitab  yang menerangkan  tiap-tiap sesuatu dan sebagai  pertunjuk dan rahmat dan khabar senang bagi muslimin.

90. Sesungguhnya Allah  suruh berlaku adil dan berbuat kebaikan dan menolong keluarga yang hampir dan melarang dari mengerjakan yang keji dan yang munkar dan kezaliman, ia nasihati kamu, supaya kamu ingat.


.  
Following twitter,
[] https://twitter.com/P148AyerHitam/status/695254615357411328







.

An-Nahl (71~80)

An-Nahl, dari ayat 71~80;  


71. Dan Allah telah lebih kan sebahagian dari kamu atas sebahagian tentang rezeki, tetapi tidaklah orang-orang yang dilebihkan itu memberikan rezeki mereka kepada hamba-hamba mereka, tetapi mereka sama padanya, apakah patut mereka ingkari nikmat Allah ?

72. Dan  Allah telah jadikan bagi kamu, dari jenis kamu, jodoh-jodoh dan ia jadikan dari isteri-isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu dan ia kurniakan kepada kamu barang-barang yang baik, lantaran itu, patutkah mereka beriman kepada yang salah, patutkah akan nikmat Allah mereka kufur ?.

73. Dan patutkah mereka sembah selain dari Allah, yang tidak memilik kan sedikit pun rezeki bagi mereka dari langit-langit dan tidak dari bumi, dan mereka tidak akan kuasa ?

74. Lantaran itu, janganlah kamu adakan bagi Allah misal-misal, sesungguhnya Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.

75. Allah telah adakan perumpamaan, iaitu seorang hamba yang dimiliki, yang tidak berkuasa atas sesuatu, dan orang yang kami kurnia’i  dari perbendaharaan kami, satu kurnia yang baik , lalu ia belanjakan nya dengan sembunyi dan dengan terang-terang, adakah mereka itu sama ? sekelian pujian bagi Allah ! tetapi kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.

76. Dan Allah adakan perumpamaan  dua orang laki-laki , seorang dari mereka berdua bisu, tidak berkuasa atas sesuatu, dan ia bergantung kepada tuan nya, kemana sahaja ia hadapkan dia, ia tidak mendatangkan kebaikan, adakah ia sama dengan orang yang menyuruh manusia melakukan keadilan, sedang dia berada pula diataas jalan yang lurus ?

77. Dan bagi Allah lah rahsia langit-langit dan bumi, dan tidaklah urusan kiamat itu, melainkan seperti sekelip mata atau lebih dekat, sesungguhnya Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

78. Dan Allah keluarkan kamu dari perut ibu-ibu kamu, dengan keadaan kamu tidak mengetahui sesuatu, dan ia adakan bagi kamu pendengaran dan pemandangan-pemandangan dan hati-hati, supaya kamu berterima kasih.

79. Tidak kah mereka lihat kepada burung-burung yang dimudahkan di udara langit ? tidak ada yang menahan mereka, melainkan Allah, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda bagi kaum beriman.

80. Dan Allah jadikan bagi kamu akan sebahagian dari rumah-rumah kamu itu sebagai tempat tinggal, dan ia jadikan bagi kamu dari kulit-kulit binatang ternak, sebagai rumah-rumah yang kamu dapati dia ringan pada hari pelayaran kamu dan pada hari ketatapan kamu, dan dari bulu-bulu nya dan rambut-rambut nya ia jadikan perkakas rumah dan perhiasan sampai satu masa.
.
.
.
Following Twitter,
[] https://twitter.com/P148AyerHitam/status/695252710841430016






.

An-Nahl (61~70)

An-Nahl, dari ayat 61~70;  


61. Dan kalau Allah seksa manusia lantaran kezaliman mereka , tentu ia tidak akan tinggalkan dibumi seorang makhluk yang merayap, tetapi ia beri tempoh kepada  mereka supaya satu masa yang tertentu, maka apabila datang tempoh mereka, tidaklah boleh mereka minta ditakhirkan sebentar dan tidak boleh mereka minta dimajukan.

62. Dan mereka adakan bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak suka, pada hal lidah-lidah mereka mengucapkan dusta, iaitu bahawa bagi mereka ada kebaikan, tetapi sesungguhnya mereka lah yang dimajukan ke naraka.

63. Demi Allah ! sesungguhnya kami telah utus Rasul-Rasul kepada umat-umat sebelum mu, tetapi syaitan merupakan baik akan amal-amal mereka, kerana ia jadi ketua mereka pada hari itu, dan bagi  merekalah azab yang pedih.

64. Dan tidak kami turunkan kepada mu kitab ini, melainkan buat engkau terangkan kepada mereka perkara yang mereka berselisihan padanya, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi  kaum yang beriman.

65. Dan Allah turunkan air dari langit lalu dengan itu ia hidupkan bumi sesudah matinya, sesungguhnya pada yang demikian itu, ada satu tanda bagi kaum yang mahu dengarkan kebenaran.

66. Dan sesungguhnya bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, ada pelajaran, kami beri minum kamu dari apa yang ada diperut-perut nya yang terbit dari antara kotoran dan darah, iaitu susu yang bersih, yang senang bagi orang-orang yang mahu minum.

67. Dan dari buah-buah kurma dan anggur, kamu jadikan daripada perahan nya minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda bagi kaum yang mahu fikirkan.

68. Dan Tuhan mu wahyukan kepada labah; “hendaklah engkau jadikan sebahagian dari gunung-gunung sebagai rumah, dan bagitu juga pohon-pohon dan sebahagian yang mereka jadikan atap”.

69. “Kemudian makanlah dari semua macam buah-buahan itu, lalu jalanlah dijalan-jalan Tuhan mu dengan merendah diri”, akan keluar dari perut-perut nya minuman yang berlainan warna nya yang padanya ada penawar bagi manusia, sesungguhnya pada yang demikian, ada tanda bagi kaum yang mahu fikirkan.

70. Dan Allah telah jadikan kamu, kemudian ia akan terima kamu, dan sebahagian dari kamu ada yang dikembalikan kepada sejelek-jelek umur, supaya ia tidak tahu sesuatu apa pun sesudah tahu,  sesungguhnya Allah mengetahui, berkuasa.




Following Twitter,
[] https://twitter.com/P148AyerHitam/status/695249813474947072







.

An Nahl (51~60)

An-Nahl, dari ayat 51~60;  


51. Dan Allah berkata; “janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana tidak lain ia itu, melainkan Tuhan yang  satu, dan kepada ku lah hendaknya  kamu takut”.

52. “Dan baginya lah apa yang ada dilangit-langit dan dibumi, dan baginya lah ketaatan dengan tetap, apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti ?”

53. Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu adalah dari Allah, kemudian, apabila kena kepada kamu bahaya, maka kepadanya lah kamu berteriak”.

54. “kemudian, apabila ia lepaskan bahaya dari kamu, tiba-tiba ada segolongan dari antara kamu sekutukan Tuhan mereka”.

55. “Kerana mereka tidak berterima kasih kepada apa yang kami berikan kepada mereka , lantaran itu, bersenang-senang lah kamu  maka kamu akan mengetahui”.

56. Dan mereka peruntukan satu bahagian  bagi apa yang mereka tidak mengetahui dari apa yang kami telah kurniakan kepada mereka, demi Allah, sesungguhnya kamu akan ditanya dari hak apa yang kamu ada-adakan.

57. Dan mereka ada kan bagi Allah anak-anak perempuan, maha suci  ia ! dan bagi merekalah apa yang mereka mahu.

58. Dan apabila dikhabarkan kepada seorang dari mereka akan anak perempuan, jadilah muka nya hitam pada hal ia marah.

59. Ia bersembunyi dari manusia lantaran kejahatan yang dikhabarkan kepadanya, apakah ia akan pelihara dia dalam kehinaan atau kah ia akan sumbatkan dia dalam tanah ? sungguh ! jelek apa yang mereka hukumkan.

60. Bagi orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, ada sifat kejahatan, dan bagi Allah lah sifat yang tinggi, dan ialah yang gagah, yang bijak sana.


.

Following Twitter,
[] https://twitter.com/P148AyerHitam/status/695247278072688640






.