Thursday, February 4, 2016

An Nahl (51~60)

An-Nahl, dari ayat 51~60;  


51. Dan Allah berkata; “janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana tidak lain ia itu, melainkan Tuhan yang  satu, dan kepada ku lah hendaknya  kamu takut”.

52. “Dan baginya lah apa yang ada dilangit-langit dan dibumi, dan baginya lah ketaatan dengan tetap, apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti ?”

53. Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu adalah dari Allah, kemudian, apabila kena kepada kamu bahaya, maka kepadanya lah kamu berteriak”.

54. “kemudian, apabila ia lepaskan bahaya dari kamu, tiba-tiba ada segolongan dari antara kamu sekutukan Tuhan mereka”.

55. “Kerana mereka tidak berterima kasih kepada apa yang kami berikan kepada mereka , lantaran itu, bersenang-senang lah kamu  maka kamu akan mengetahui”.

56. Dan mereka peruntukan satu bahagian  bagi apa yang mereka tidak mengetahui dari apa yang kami telah kurniakan kepada mereka, demi Allah, sesungguhnya kamu akan ditanya dari hak apa yang kamu ada-adakan.

57. Dan mereka ada kan bagi Allah anak-anak perempuan, maha suci  ia ! dan bagi merekalah apa yang mereka mahu.

58. Dan apabila dikhabarkan kepada seorang dari mereka akan anak perempuan, jadilah muka nya hitam pada hal ia marah.

59. Ia bersembunyi dari manusia lantaran kejahatan yang dikhabarkan kepadanya, apakah ia akan pelihara dia dalam kehinaan atau kah ia akan sumbatkan dia dalam tanah ? sungguh ! jelek apa yang mereka hukumkan.

60. Bagi orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, ada sifat kejahatan, dan bagi Allah lah sifat yang tinggi, dan ialah yang gagah, yang bijak sana.


.

Following Twitter,
[] https://twitter.com/P148AyerHitam/status/695247278072688640






.

No comments:

Post a Comment