An-Nahl, dari ayat 61~70;
61. Dan
kalau Allah seksa manusia lantaran kezaliman mereka , tentu ia tidak akan tinggalkan
dibumi seorang makhluk yang merayap, tetapi ia beri tempoh kepada mereka supaya satu masa yang tertentu, maka
apabila datang tempoh mereka, tidaklah boleh mereka minta ditakhirkan sebentar
dan tidak boleh mereka minta dimajukan.
62. Dan
mereka adakan bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak suka, pada hal
lidah-lidah mereka mengucapkan dusta, iaitu bahawa bagi mereka ada kebaikan, tetapi
sesungguhnya mereka lah yang dimajukan ke naraka.
63. Demi
Allah ! sesungguhnya kami telah utus Rasul-Rasul kepada umat-umat sebelum mu,
tetapi syaitan merupakan baik akan amal-amal mereka, kerana ia jadi ketua
mereka pada hari itu, dan bagi merekalah
azab yang pedih.
64. Dan
tidak kami turunkan kepada mu kitab ini, melainkan buat engkau terangkan kepada
mereka perkara yang mereka berselisihan padanya, dan sebagai petunjuk dan
rahmat bagi kaum yang beriman.
65. Dan
Allah turunkan air dari langit lalu dengan itu ia hidupkan bumi sesudah
matinya, sesungguhnya pada yang demikian itu, ada satu tanda bagi kaum yang
mahu dengarkan kebenaran.
66. Dan
sesungguhnya bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, ada pelajaran, kami
beri minum kamu dari apa yang ada diperut-perut nya yang terbit dari antara
kotoran dan darah, iaitu susu yang bersih, yang senang bagi orang-orang yang
mahu minum.
67. Dan
dari buah-buah kurma dan anggur, kamu jadikan daripada perahan nya minuman yang
memabukkan dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda
bagi kaum yang mahu fikirkan.
68. Dan Tuhan
mu wahyukan kepada labah; “hendaklah engkau jadikan sebahagian dari
gunung-gunung sebagai rumah, dan bagitu juga pohon-pohon dan sebahagian yang
mereka jadikan atap”.
69.
“Kemudian makanlah dari semua macam buah-buahan itu, lalu jalanlah
dijalan-jalan Tuhan mu dengan merendah diri”, akan keluar dari perut-perut nya
minuman yang berlainan warna nya yang padanya ada penawar bagi manusia,
sesungguhnya pada yang demikian, ada tanda bagi kaum yang mahu fikirkan.
70. Dan
Allah telah jadikan kamu, kemudian ia akan terima kamu, dan sebahagian dari
kamu ada yang dikembalikan kepada sejelek-jelek umur, supaya ia tidak tahu
sesuatu apa pun sesudah tahu,
sesungguhnya Allah mengetahui, berkuasa.
Following Twitter,
[] https://twitter.com/P148AyerHitam/status/695249813474947072
.
No comments:
Post a Comment